top of page
Writer's pictureDr Cheong Jack Pein

Penyedut Hingus Bayi: Adakah ia selamat untuk bayi?

Updated: May 29, 2020


Penyedut hingus bayi, Klinik Pakar ENT, KPJ Pasir Gudang Johor.
Adakah penyedut hingus untuk bayi selamat digunakan?

Bayi sering meragam, berperangai, sukar untuk tidur lena dan menyusu; Itu adalah antara tanda-tanda utama yang dihadapi bayi atau kanak-kanak yang mengalami hidung tersumbat. Malangnya, bayi anda belum tahu cara meniup hidungnya yang tengah selsema. Sekiranya anda ingin membersihkan hidung bayi anda, anda perlukan bantuan sedut hingus bayi (penyedut hingus bayi ataupun aspirator hidung). Penyedut hingus adalah alat kecil yang menggunakan penyedut untuk menarik hingus dari dalam hidung bayi. Ia sangat mudah digunakan, murah dan dapat membantu bayi anda bernafas secara normal dalam masa yang singkat!


Jenis Penyedut Hingus Hidung Baby


Penyedut Hidung Jenis Picitan (Bulb Syringe)


Picit dan menahan bola getah untuk melepaskan semua udara dari dalamnya. Masukkan hujung ke lubang hidung bayi dan lepaskan bola getah. Ia akan diisi semula dengan menghisap udara dan juga hingus daripada hidung bayi. Penyedut hidung jenis picitan digunakan kerana harganya murah dan mudah digunakan. Tetapi penyedut hidung ini agak sukar dibersihkan. Penyedut mesti dibuka dan dibiar kering selepas dicuci , ini disebabkan risiko pertumbuhan kulat di dalam penyedut tersebut, seperti mana ditunjuk bawah gambar yang seterusnya.


penyedut hingus bayi jenis picitan; Pakar ENT di Johor Bahru
Tiada yang luar biasa dengan penyedut hingus ini. Tetapi apa yang akan terjadi sekiranya anda membuka penyedut ini untuk dibersihkan?

Pertumbuhan kulat di dalam penyedut hingus bayi semasa dibuka untuk dicuci; Pakar ENT.

Gambar di atas dikongsi oleh Mitzi Johnson (melalui Facebook). Ini adalah penyedut hingus yang Mitzi sering membersihkan dengan air sabun. Adakah anda benar-benar mahu memasukkan sesuatu seperti itu ke hidung bayi anda? Sekiranya anda menggunakan aspirator hidung sebegini, pastikan alat anda boleh dibuka untuk membersihkan bahagian dalamnya. Sekiranya lendir bayi anda adalah tebal and pekat, penyedut sebegini akan menjadi sukar untuk digunakan.


Penyedut Hingus Sedutan Manual

(Human suction nasal aspirators)


Penyedut hingus ini akan menghasilkan vakum dengan mulut anda menyedut di bahagian pembukaan tiub. Hujung penyedutnya dimasukkan ke dalam hidung bayi anda. Hingus yang dihisap akan dikumpulkan di dalam bekas. Tidak ada sedutan hingus yang akan memasuki mulut anda. Tetapi bagaimana dengan kuman? Bayi anda kemungkinan mengalami selesema seperti Influenza. Anda tidak ingin dijangkiti selepas mengguna alat tersebut. Nasib baik ada aspirator hidung berkualiti yang mempunyai sistem penapis yang direka untuk mengelakkan kuman sampai ke mulut anda.

penyedut hingus bayi; Pakar ENT; KPJ Pasir Gudang
Penyedut hingus bayi jenis manual; alat menunjukkan bahagian sedutan mulut dan bahagian yang dimasuk ke hidung bayi.

Antara kebaikan alat tersebut adalah ianya mudah diguna, senang untuk dibersihkan and yang penting ialah kekuatan sedutan senang dikawal. Satu-satunya keburukan alat ini adalah anda boleh dijangkiti virus atau kuman jika alat penyedut tidak mepunyai sistem penapisan.


Penyedut Hingus Bayi Elektrik

(Electric nasal aspirator)


Alat ini tidak memerlukan picitan atau sedutan manual dengan mulut. Tekan butang "on" dan seterusnya memasukkan hujung penyedut ke dalam hidung bayi. Penyedut hidung elektrik memberikan sedutan yang berterusan. Walau bagaimanapun, sedutan alat ini adalah tidak kuat seperti penyedut manual yang boleh dikawal. Oleh demikian, penyedut hidung elektrik adalah paling berkesan untuk hingus yang nipis dan cair. Kebaikan alat electrik ini adalah ia mudah untuk digunakan & sedutan yang berterusan. Keburukannya ialah bateri perlu diganti, sedutan yang lemah dan tidak boleh kawal. Walaupun kuasa sedutan yang lemah, kebaikannya supaya ia tidak mencedera lapisan kulit/mukosa dalam hidung bayi, yang kemungkinan boleh menyebabkan pendarahan hidung (epistaxis).

penyedut hingus bayi jenis electrik. Pakar ENT KPJ Pasir Gudang, Johor.
Penyedut hingus electrik lebih mudah diguna dan memberi sedutan yang berterusan.


Adakah penyedut hingus selamat untuk bayi anda?


Sebelum anda menggunakan penyedut hingus pada bayi anda , pastikan anda menggunakannya dengan cara yang betul. Terlalu agresif atau menggunakannya dengan cara tidak betul boleh membawa cedera pada hidung yang sensitif si kecil anda.


Cedera Hidung


Tisu kulit yang melapisi hidung bayi anda adalah sangat nipis dan halus. Menekan penyedut hingus terlalu mendalam atau terlalu agresif boleh menyebabkan pendarahan hidung. Kecederaan itu boleh membawa kesakitan bagi si kecil anda dan juga boleh menyebabkan bayi sukar bernafas. Penyedut hingus bayi yang bagus akan mempunyai rabung keselamatan (safety ridge) bagi mencegah kecederaan pada hidung. Rabung keselamatan mampu memberi gambaran yang jelas sejauh mana alat penyedut itu harus dimasukkan. Diameter hujung alat penyedut adalah besar supaya untuk mengelakkan daripada alat dimasuki terlalu mendalam dalam hidung.


Penyedut hingus bayi, penyedut hidung, aspirator hidung bayi, pakar ENT, ENT Kpj Pasir Gudang, Dr Cheong.
Rabung keselamatan pada alat penyedut bagi mengelakkan kecederaan hidung.

Bengkak Dalam Hidung

Sekiranya anda menggunakan penyedut hingus secara berulangan, ini boleh menyebabkan bengkak tisu kulit (membran) dalam lubang hidung. Gunakan alat penyedut hanya bila perlu. Lakukan pembersihan hidung dengan air bancuhan garam (saline water) sebelum menggunakan aspirator hidung. Ini akan membantu melonggarkan hingus dalam hidung dan memudahkan penggunaan penyedut supaya anda boleh mengelakkan hidung anak daripada kecederaan.


semburan air garam hudung, penyedut hingus, klinik pakar ENT, KPJ Pasir Gudang
Pembersihan hidung dengan semburan air garam bukan sahaja dapat melonggarkan hingus dalam hidung, maka dapat menyenangkan sedutan hingus dari hidung.

Jangkitan Kuman Melalui Perkongsian Penyedut Hingus


Sekiranya anda menggunakan alat penyedut untuk lebih dari seorang anak, anda boleh menyebarkan kuman antara anak-anak anda. Hingus atau lendir yang membawa kuman boleh hidup di permukaan alat penyedut plastic hingga 48 jam. Selepas setiap penggunaan penyedut, celupkan alat dalam air sabun suam selama beberapa minit dan biarkan sehingga kering sebelum penggunaan seterusnya. Itu memastikan kuman dari seorang anak tidak dipindahkan ke anak yang lain.


36,698 views0 comments

Comments


bottom of page