top of page
Tulang Hidung Bengkok/ Senget : 6 Sebab Kenapa Anda Perlu Menerima Rawatan

Dr Cheong Jack Pein. KPJ Pasir Gudang, Johor, Malaysia.

Diterbit 15 Nov 2020    |  kemaskini 15 Nov 2020

Apa itu tulang septum hidung bengkok/senget ?

Ruang hidung dibahagikan kepada dua ranguan kecil: kiri dan kanan, oleh tulang tengah yang dikenali sebagai "septum". Tulang tersebut terdiri daripada bahagian tulang keras dan tulang rawan. Apabila septum hidung melengkung, ia disebut "septum hidung".

doctor-showing-patient-bone-anatomy-skel
tulang septum hidung yang normal

Enam sebab tulang hidung perlu dirawat.

  1. Kesesakan pada sebelah satu hidung (unilateral)

  2. Berdengkur kuat semasa tidur

  3. Sesat nafas atau kebiasaan bernafas melalui mulut 

  4. Pendarahan hidung yang kerap

  5. Jangkitan rongga sinus (sinusitis/ resdung) berulang

  6. Telinga terasa tersumbat dan kurang pendengaran

tulang hidung septum bengkok & senget

Adakah septum hidung yang bengkok boleh menyebabkan gangguan tidur kerap berhenti bernafas atau kenali sebagai "sleep apnea" ?

Sumbat hidung yang disebabkan oleh septum hidung bengkok kerap menyebabkan sesat nafas, gangguan tidur disebabkan oleh kerap berhenti bernafas semasa tidur (apnea). Oleh itu, rawatan tulang bengkok (dalam hidung) adalah sangat berkesan dalam mengurangkan masalah sleep apnea.

masalah gangguan tidur dan sleep apnea
endoscopic-tube-arthroscopy-laryngoscopy

Adakah saya memerlukan pemeriksaan lebih lanjut ?

Pakar ENT doktor akan menggunakan endoskopi khusus untuk memeriksa bahagian dalam hidung. Imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) adalah ujian imej yang menjalani imbasan terperinci untuk bahagian dalam hidung dan sinus anda.

Bagaimana tulang hidung bengkok boleh dirawat?

Kebanyakan kes tulang septum bengkok tanpa gejala-gejala adalah tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun, jika masalah tulang bengkok hidung anda adalah terlalu teruk, doktor akan mencadangkan pembedahan hidung untuk membetulkan balik bengkok tersebut. Prosedur ini yang dikenali sebagai "septoplasti" adalah pembedahan yang minor dan boleh memberi banyak manfaat yang cepat kalau dibandingkan dengan rawatan ubat sahaja. 

plastic-medical-consultation-doctor-hand

Alamat 地址 :

KPJ Pasir Gudang Specialist Hospital, Persiaran Dahlia 2, Taman Bukit Dahlia, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.

+607-2573906

©2026 by Dr Cheong Jack Pein Ear Nose and Throat (ENT), Head and Neck Surgery. The Dr. Cheong ENT website does not offer medical advice, diagnosis, or treatment. All content is for informational purposes only. Please consult a qualified healthcare professional for medical concerns.

  • TikTok
  • Youtube
  • facebook
bottom of page