Apa itu alahan hidung (rhinitis alergi) ?

"Rhinitis" merujuk kepada keradangan saluran hidung. Keradangan adalah penyebab bersin yang mengganggu, gatal-gatal hidung, blok hidung (kesesakan) dan hidung berair.

Siapa yang boleh mendapat alahan hidung?

Risiko AR lebih tinggi pada orang yang mengidap asma atau ekzema dan yang mempunyai sejarah keluarga dengan asma atau rinitis alergi. Ia boleh terjadi pada semua usia, dan kebanyakan yang mengalami adalah di kalangan kanak-kanak atau dewasa muda.

Apakah penyebab alahan hidung?

Ia disebabkan oleh tindak balas hidung kepada zarahan dalam udara yang dikenali sebagai 'alergen' (bahan yang boleh menimbulkan tindak balas alergi). Mereka juga boleh menyebabkan reaksi dalam paru-paru (asma) dan mata (konjunktivitis).Ini kemudianya menghasilkan bahan kimia (contohnya, histamine), yang boleh sterusnya mengakibatkan gejala-gejala alahan (i,e gatal-gatal mata, hidung & kulit, selsema, bersin, mata bengkak, batuk dan susah nafas.

Tanda & Gejala Rhinitis Alergi

Hidung: hidung berlendir, hidung tersumbat, bersin, gatal-gatal hidung, & kehilangan deria bau.

Mata: mata merah & gatal, bengkak dan perubahan warna "gelap" di bawah mata.

Tekak dan telinga: Sakit tekak, gatal-gatal tekak atau telinga

 

Kualiti Tidur - Pernafasan dengan mulut (disebabkan hidung tersumbat), bangun kerap, keletihan siang hari, & masalah fokus melakukan aktiviti harian.

Rawatan rhinitis alergi

Kurangkan pendedahan kepada alergen dan terapi ubat. Beberapa jenis ubat boleh diguna untuk merawat keradangan rhinitis. Contoh-contoh jenis rawata adalah pengairan hidung, pil imunoterapi bawah lidah (sublingua) dan penggunaan alat semburan hidung. Rawatan terbaik bergantung pada gejala pilihan tersendiri anda.

Pencegahan rhinitis alergi

Empat kategori utama alergen yang menyebabkan rhinitis alergi:

  1. Debunga (bunga, rumput;)

  2. Serangga (hama debu & lipas)

  3. Alergen haiwan (kulit, bulu, air liur)

  4. Kulat (fungus)

Hama Debu (Dust Mites)

  • Hama debu adalah sejenis serangga mikroskopik yang tinggal di tempat tidur, sofa, permaidani, atau tekstil dan kain tenunan.

  • Hama debu bergantung pada kelembapan udara dan memakan se-sel kulit mati (manusia atau haiwan peliharaan) untuk hidup.

  • Pendedahan pada hama debu dapat dikurangkan dengan mencuci barangan anda secara berkala seperti vakum dan basuh menggunakan teknik cucian yang betul. Selain itu, anda boleh memakai bantal yang jenis ‘hypoallergenic’ dan juga memakai sarung tilam.

  • Memvakum dengan pembersih vakum dilengkapi dengan penapis udara (HEPA).

  • Tahap kelembapan dalaman rumah harus di antara 30 dan 50 peratus. Humidifier membuat masalah lebih buruk dan tidak disyorkan.

  • Penggunaan permaidani dan tirai hendaklah dikurangkan dalam rumah. Bagi kanak-kanak, bilangan mainan dalam bilik tidur perlu dikurangkan.

Pet Dander

  • Pet dander terdiri daripada sel kulit mati atau skala (seperti kelemumur) yang sentiasa ditumpahkan oleh haiwan pelihara.

  • Protein daripada kucing yang boleh menyebabkan alahan kebanyakannya didapati dalam air liur , kulit, dan saluran kencing kucing.

  • Kucing berambut pendek tidak semestinya kurang alergenik daripada haiwan berambut panjang.

  • Haiwan lain, seperti tikus dan burung, juga boleh menyebabkan gejala alahan dalam individu.

  • Sekiranya seseorang didapati alah kepada haiwan pelihara, pilihan yang paling berkesan ialah tidak membela binatang peliharaan demikian. Mengehadkan haiwan ke kawasan tertentu di dalam rumah adalah tidak berkesan oleh kerana alergen boleh melekat pada pakaian atau penyebaran dalam udara. Cara lain adalah dengan mengguna vakum dengan penapis HEPA yang berkesan.

Penggunaan Alat Semburan "Steroid Nasal Spray"

  • Ubat steroid yang disampaikan oleh alat semburan hidung adalah rawatan utama bagi gejala rhinitis alergi. Ubat ini adalah sangat selamat dan mempunyai kesan sampingan minima. Ia dapat melegakan gejala secara dramatik untuk kebanyakan pesakit. Kajian telah menunjukkan bahawa steroid hidung lebih berkesan daripada 'antihistamin'.

  • Jika anda mempunyai gejala yang lebih teruk, anda mungkin perlu menggunakan "decongestant" hidung selama beberapa hari sebelum memulakan steroid hidung untuk mengurangkan sumbat hidung.

  • Sesetengah orang mendapati pengurangan gejala pada hari pertama rawatan dengan ubat steroid, kadangkala memerlukan beberapa hari hingga minggu untuk melihat kesan penuh. Atas sebab ini, steroid hidung paling berkesan apabila digunakan secara berterusan. Sesetengah orang dapat menggunakan dos yang lebih rendah apabila gejala alergi semakin mengurang.

  • Cara penggunaan alat semburan hidung adalah penting bagi memastikan anda menerima manfaat rawatan yang maksima.

KPJ Pasir Gudang Specialist Hospital, Persiaran Dahlia 2, Taman Bukit Dahlia, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.

+607-2573999 Ext: 3906

©2020 by Dr Cheong Jack Pein Ear Nose and Throat (ENT), Head and Neck Surgery.