top of page

Hidung Tersumbat Berpanjangan: Punca, Cara Legakan dan Rawatan

Hidung tersumbat adalah masalah yang sangat biasa. Ada orang hanya mengalami hidung tersumbat beberapa hari semasa selsema, tetapi ada juga yang mengalami hidung tersumbat berulang-ulang, berminggu-minggu, berbulan-bulan, atau bertahun-tahun. Jika anda mengalami hidung sumbat bertahun-tahun, hidung rasa sempit, sukar bernafas melalui hidung, atau asyik selsema tak baik-baik, ia mungkin bukan sekadar selsema biasa. Ia boleh menjadi tanda masalah hidung yang lebih kronik, seperti resdung, allergic rhinitis, sinusitis, turbinate bengkak, tulang hidung bengkok, atau polip hidung. Ramai pesakit selalu tertanya-tanya: kenapa hidung selalu tersumbat, kenapa kerap tersumbat, kenapa hidung rasa sempit, kenapa tersumbat bila sejuk, dan hidung tersumbat tetapi tak selsema. Untuk merawat masalah ini dengan betul, perkara paling penting ialah mengenal pasti punca sebenar.

Punca Hidung Tersumbat Berpanjangan

 

Hidung tersumbat kronik atau berulang boleh berlaku kerana beberapa sebab. Antara punca yang biasa termasuk:

1. Resdung (Allergic Rhinitis)

Resdung, atau allergic rhinitis, adalah antara punca hidung tersumbat yang sangat biasa di Malaysia. Pesakit biasanya mengalami hidung gatal, bersin berulang kali, hingus cair, hidung tersumbat pada waktu pagi, atau hidung sensitif apabila terkena habuk, cuaca sejuk, aircond, bulu haiwan atau hama habuk. Masalah resdung boleh menyebabkan lapisan dalam hidung menjadi bengkak. Bila bengkak berlaku, saluran hidung menjadi sempit dan pesakit akan rasa hidung tersumbat, walaupun sebenarnya tiada banyak hingus.

 

2. Turbinate Bengkak / Isi Hidung Bengkak (Turbinates Hypertrophy)

Turbinate ialah struktur normal di dalam hidung yang membantu menapis, melembapkan dan mengawal suhu udara yang kita sedut. Jika turbinate menjadi terlalu bengkak, ruang pernafasan dalam hidung menjadi sempit. Ini boleh menyebabkan kesesakan hidung, hidung rasa penuh, susah bernafas melalui hidung, dan kadang-kadang pesakit perlu bernafas melalui mulut. Ini juga salah satu sebab kenapa hidung rasa sempit atau kenapa hidung kerap tersumbat walaupun tidak selsema.

 

3. Tulang Hidung Bengkok (Deviated Nasal Septum)

Septum ialah dinding tengah yang memisahkan lubang hidung kanan dan kiri. Jika septum bengkok, ruang hidung boleh menjadi sempit pada satu atau kedua-dua belah. Pesakit biasanya mengadu hidung tersumbat sebelah, susah bernafas melalui hidung, tidur tidak lena, atau berdengkur. Dalam kes seperti ini, ubat mungkin hanya membantu sementara kerana punca utama adalah struktur hidung yang sempit.

 

4. Sinusitis Kronik (Chronic Sinusitis / Rhinosinusitis)

Sinusitis kronik boleh menyebabkan hidung tersumbat, hingus pekat atau kuning kehijauan, kahak mengalir ke belakang tekak, sakit atau rasa berat di muka, sakit kepala, dan deria bau berkurang. Sesetengah pesakit tidak semestinya mengalami sakit muka yang kuat. Mereka mungkin hanya rasa hidung selalu tersumbat, hingus turun ke tekak, batuk berkahak, atau asyik selsema tak baik-baik.

 

5. Polip Hidung (Nasal Polyp)

Polip hidung ialah bengkakan lembut yang tumbuh di dalam hidung atau sinus. Ia boleh menyebabkan hidung tersumbat, deria bau berkurang, hingus berpanjangan, kahak belakang tekak, dan sinusitis berulang. Polip hidung biasanya tidak dapat dikenal pasti hanya dengan melihat dari luar. Pemeriksaan endoskopi hidung boleh membantu melihat keadaan ini dengan lebih jelas.

 

6. Adenoid Bengkak Pada Kanak-Kanak

Untuk kanak-kanak, hidung tersumbat berpanjangan boleh disebabkan oleh adenoid yang membesar. Kanak-kanak mungkin tidur berdengkur, bernafas melalui mulut, tidur tidak lena, atau kerap mengalami jangkitan telinga dan hidung.

 

7. Ketumbuhan Dalam Hidung atau Rongga-rongga Sinus

Walaupun jarang berlaku, ketumbuhan di dalam hidung atau sinus juga boleh menyebabkan hidung tersumbat, terutamanya jika berlaku pada sebelah hidung sahaja. Tanda yang perlu diberi perhatian termasuk hidung tersumbat sebelah yang semakin teruk, hidung berdarah berulang, muka kebas, bengkak pada leher, atau sakit muka yang tidak biasa. Jika ada tanda seperti ini, pemeriksaan ENT perlu dibuat dengan segera.

Endoskopi hidung kanan menunjukkan polip hidung yang besar. Polip hidung boleh menyebabkan hidung tersumbat berpanjangan, hidung rasa sempit, kurang deria bau, resdung atau sinusitis berulang.

Kenapa Hidung Selalu Tersumbat?

Hidung boleh selalu tersumbat kerana lapisan dalam hidung mengalami keradangan, bengkak atau ruang hidung menjadi sempit. Ini boleh berlaku akibat resdung, alahan, aircond, habuk, perubahan cuaca, turbinate bengkak, tulang hidung bengkok atau sinusitis kronik.

Kadang-kadang pesakit rasa pelik kerana hidung tersumbat tetapi tak selsema. Ini boleh berlaku apabila masalah utama bukan jangkitan selsema, tetapi bengkak di dalam hidung atau struktur hidung yang sempit.

 

Kenapa Tersumbat Bila Sejuk?

Ramai orang perasan hidung lebih mudah tersumbat bila berada dalam bilik aircond, cuaca sejuk, atau selepas minum air sejuk. Ini boleh berlaku kerana udara sejuk boleh merangsang saraf dan saluran darah di dalam hidung. Akibatnya, lapisan dalam hidung menjadi bengkak dan menghasilkan lebih banyak lendir.

Keadaan ini lebih ketara pada pesakit yang mempunyai hidung sensitif, resdung atau allergic rhinitis.

 

Kenapa Selsema Sebelah Hidung Sahaja?

Ada orang bertanya, “Kenapa selsema sebelah hidung sahaja?” Sebenarnya, hidung tersumbat sebelah boleh berlaku secara normal kerana kitaran hidung. Namun, jika sebelah hidung sentiasa tersumbat untuk tempoh yang lama, ia mungkin disebabkan oleh tulang hidung bengkok, turbinate bengkak, polip hidung, sinusitis, atau masalah lain di dalam hidung.

Jika hidung tersumbat sebelah berlaku bersama hidung berdarah, sakit muka, muka kebas, atau simptom semakin teruk, pemeriksaan ENT tidak patut ditangguhkan.

 

Cara Cara Hilangkan Hidung Tersumbat

Cara hilangkan hidung tersumbat bergantung kepada punca sebenar. Namun, untuk melegakan simptom, anda boleh cuba beberapa langkah berikut:

Cuci hidung dengan air garam atau saline nasal rinse untuk membantu membersihkan hingus, habuk dan alergen.

Pastikan bilik tidur bersih dan kurangkan habuk, hama habuk, bulu haiwan dan karpet yang mudah memerangkap debu.

Tidur dengan kepala sedikit tinggi supaya pernafasan lebih selesa.

Elakkan asap rokok, bau minyak wangi yang kuat, habuk, udara terlalu sejuk atau aircond yang terlalu kuat.

Jika ada resdung atau alahan, gunakan ubat semburan hidung atau ubat alahan mengikut nasihat doktor.

Cara ini boleh membantu mengurangkan kesesakan hidung, tetapi jika hidung tersumbat berlaku terlalu lama, punca sebenar tetap perlu diperiksa.

 

Cara Cepat Hilangkan Hidung Sumbat

Untuk kelegaan sementara, cara cepat hilangkan hidung sumbat termasuk cuci hidung dengan saline, mandi air suam, minum air secukupnya, tidur dengan kepala sedikit tinggi, dan mengelakkan pencetus seperti habuk, asap rokok atau aircond terlalu kuat.

Namun, jika hidung tersumbat datang semula setiap hari, kelegaan cepat sahaja tidak cukup. Masalah seperti turbinate bengkak, tulang hidung bengkok, sinusitis kronik atau polip hidung mungkin memerlukan rawatan yang lebih khusus.

Ubat Hidung Tersumbat

Ubat hidung tersumbat bergantung kepada punca. Antara rawatan yang biasa digunakan termasuk:

Semburan hidung steroid untuk mengurangkan keradangan dan bengkak dalam hidung.

Ubat antihistamine untuk masalah alahan atau resdung.

Cuci hidung dengan air garam untuk membersihkan rongga hidung.

Antibiotik hanya jika terdapat jangkitan bakteria yang sesuai.

Ubat dekongestan tertentu boleh melegakan hidung tersumbat dengan cepat, tetapi tidak sesuai digunakan terlalu lama kerana boleh menyebabkan hidung menjadi lebih tersumbat semula.

Jangan terlalu bergantung kepada ubat titis atau semburan hidung yang memberi kesan segera tanpa nasihat doktor, kerana penggunaan berlebihan boleh menyebabkan rebound congestion.

Ada Tak Petua Tradisional Untuk Hidung Tersumbat?

Ada beberapa petua tradisional yang boleh membantu melegakan hidung tersumbat secara sementara, seperti minum air suam, mandi air suam, wap air suam, atau tidur dengan kepala sedikit tinggi.

Namun, petua tradisional biasanya hanya membantu mengurangkan rasa tidak selesa. Jika hidung tersumbat disebabkan oleh tulang hidung bengkok, polip hidung, sinusitis kronik atau turbinate yang sangat bengkak, petua sahaja biasanya tidak dapat menyelesaikan masalah.

Urutan Hidung Membantu?

Urutan hidung membantu sesetengah orang rasa lebih lega untuk sementara. Contohnya, urutan lembut di kawasan tepi hidung, bawah mata atau dahi mungkin membantu mengurangkan rasa tekanan.

Tetapi jika punca hidung tersumbat adalah struktur hidung yang sempit, polip hidung, sinusitis kronik atau turbinate bengkak, urutan tidak akan membuka saluran hidung secara kekal. Pemeriksaan ENT lebih sesuai jika simptom berpanjangan.

Hidung Tersumbat Waktu Tidur

Hidung tersumbat waktu tidur boleh menyebabkan tidur tidak lena, berdengkur, mulut kering, dan rasa letih apabila bangun pagi.

Anda boleh cuba tidur dengan kepala sedikit tinggi, tidur mengiring, dan cuci hidung sebelum tidur. Jika hidung tersumbat menyebabkan berdengkur kuat, tidur terganggu, atau rasa mengantuk pada waktu siang, pemeriksaan ENT boleh membantu mengenal pasti sama ada terdapat masalah pada hidung, tonsil, adenoid, atau saluran pernafasan.

Hidung Tersumbat Tetapi Tak Selsema

Jika hidung tersumbat tetapi tak selsema, puncanya mungkin bukan jangkitan virus. Ia boleh disebabkan oleh resdung, allergic rhinitis, turbinate bengkak, tulang hidung bengkok, sinusitis kronik, atau polip hidung.

Keadaan ini biasa berlaku pada pesakit yang mengalami hidung tersumbat kronik, tetapi tidak semestinya ada demam atau hingus yang banyak.

Pemeriksaan ENT Untuk Hidung Tersumbat

Pemeriksaan ENT boleh membantu mencari punca sebenar hidung tersumbat. Melalui pemeriksaan endoskopi hidung, doktor boleh melihat bahagian dalam hidung dengan lebih jelas.

Pemeriksaan ini boleh menilai keadaan septum, turbinate, bukaan sinus, polip hidung, lendir atau nanah, adenoid pada kanak-kanak, dan sebarang ketumbuhan yang mencurigakan.

Pemeriksaan biasanya dilakukan di klinik dan mengambil masa yang singkat.

Video ini menerangkan punca sebenar hidung tersumbat, termasuk resdung, turbinate bengkak, tulang hidung bengkok, sinusitis dan polip hidung. Jika hidung kerap tersumbat, rasa sempit atau asyik selsema tak baik-baik, pemeriksaan ENT boleh membantu mencari punca sebenar.

Bila Perlu Jumpa Doktor ENT?

 

  • Hidung tersumbat lebih daripada beberapa minggu.

  • Hidung sumbat bertahun-tahun atau semakin teruk.

  • Hidung tersumbat berulang walaupun sudah mengambil ubat.

  • Hidung tersumbat sebelah yang berpanjangan.

  • Hidung berdarah berulang.

  • Deria bau semakin kurang.

  • Hingus kuning kehijauan atau kahak belakang tekak yang lama.

  • Sakit muka, rasa berat pada muka atau sakit kepala berulang.

  • Berdengkur kuat, tidur tidak lena atau bernafas melalui mulut.

  • Kanak-kanak tidur berdengkur atau sentiasa bernafas melalui mulut.

Rawatan Untuk Hidung Tersumbat Kronik

 

Rawatan boleh berbeza mengikut keadaan setiap pesakit. Antara pilihan rawatan termasuk:

  • Rawatan ubat untuk resdung, alahan atau keradangan hidung.

  • Cuci hidung dengan saline secara berkala.

  • Rawatan untuk turbinate bengkak bagi membuka ruang pernafasan hidung.

  • Septoplasty untuk membetulkan tulang hidung bengkok.

  • Pembedahan sinus endoskopik untuk sinusitis kronik atau polip hidung.

  • Rawatan adenoid untuk kanak-kanak yang mengalami hidung tersumbat dan berdengkur.

  • Tujuan rawatan adalah untuk membantu pesakit bernafas dengan lebih baik, tidur lebih selesa, dan mengurangkan masalah hidung yang berulang.

Hidung Tersumbat Kronik, Adakah Boleh Sembuh?

 

Ramai pesakit bertanya, hidung tersumbat kronik adakah boleh sembuh?

Jawapannya bergantung kepada punca. Jika disebabkan oleh alahan atau resdung, rawatan biasanya bertujuan mengawal keradangan dan mengurangkan serangan berulang. Jika disebabkan oleh struktur hidung seperti tulang hidung bengkok, turbinate yang terlalu bengkak atau polip hidung, rawatan yang lebih khusus mungkin diperlukan. Dengan diagnosis yang betul, kebanyakan pesakit boleh mendapat kelegaan yang baik dan bernafas dengan lebih selesa.

Kesimpulan

 

Hidung tersumbat berpanjangan bukan masalah kecil jika ia berlaku berulang-ulang atau mengganggu tidur dan pernafasan. Punca hidung tersumbat boleh termasuk resdung, allergic rhinitis, turbinate bengkak, tulang hidung bengkok, sinusitis kronik, polip hidung, adenoid bengkak pada kanak-kanak, atau masalah lain di dalam hidung.

Jika anda ingin megetahui cara hilangkan hidung tersumbat, cara cepat hilangkan hidung sumbat, ubat hidung tersumbat, atau ingin tahu kenapa hidung selalu tersumbat, langkah paling penting ialah mendapatkan pemeriksaan yang betul. Dr Cheong ENT Specialist Johor menyediakan pemeriksaan endoskopi hidung, penilaian resdung, rawatan sinusitis, rawatan turbinate bengkak, penilaian tulang hidung bengkok, dan rawatan berkaitan hidung tersumbat.

Soalan Lazim FAQ: Hidung Tersumbat Berpanjangan

 

Apa punca hidung tersumbat berpanjangan?

Punca hidung tersumbat berpanjangan boleh termasuk resdung, allergic rhinitis, turbinate bengkak, tulang hidung bengkok, sinusitis kronik, polip hidung, adenoid bengkak pada kanak-kanak, atau ketumbuhan di dalam hidung dan sinus.

Kenapa hidung selalu tersumbat?

Hidung selalu tersumbat kerana lapisan dalam hidung mungkin mengalami keradangan, bengkak atau kesesakan. Punca biasa termasuk resdung, alahan, turbinate bengkak, tulang hidung bengkok, sinusitis kronik atau polip hidung.

Kenapa hidung rasa sempit?

Hidung rasa sempit boleh berlaku apabila ruang dalam hidung menjadi kecil akibat turbinate bengkak, tulang hidung bengkok, polip hidung atau sinusitis. Kadang-kadang pesakit rasa hidung sempit walaupun tidak ada banyak hingus.

Kenapa kerap tersumbat bila sejuk?

Hidung kerap tersumbat bila sejuk kerana udara sejuk atau aircond boleh merangsang saluran darah dan lapisan dalam hidung menjadi bengkak. Keadaan ini lebih biasa pada pesakit resdung atau hidung sensitif.

 

Macam mana nak hilangkan hidung tersumbat?

Cara hilangkan hidung tersumbat bergantung kepada punca. Untuk sementara, anda boleh cuba cuci hidung dengan air garam, kurangkan habuk dan alergen, tidur dengan kepala sedikit tinggi, dan gunakan ubat yang sesuai mengikut nasihat doktor. Jika hidung tersumbat berpanjangan, pemeriksaan ENT disarankan.

 

Apakah cara cepat hilangkan hidung sumbat?

Cara cepat hilangkan hidung sumbat termasuk cuci hidung dengan saline, mandi air suam, tidur dengan kepala sedikit tinggi, dan mengelakkan habuk, asap rokok atau aircond terlalu kuat. Namun, jika simptom selalu datang semula, punca sebenar perlu diperiksa.

 

Apa ubat hidung tersumbat yang sesuai?

Ubat hidung tersumbat bergantung kepada punca. Rawatan boleh termasuk semburan hidung steroid, ubat antihistamine, saline nasal rinse, atau rawatan lain mengikut pemeriksaan doktor. Ubat dekongestan tidak sesuai digunakan terlalu lama kerana boleh menyebabkan hidung semakin tersumbat semula.

 

Kenapa selsema sebelah hidung sahaja?

Selsema atau hidung tersumbat sebelah boleh berlaku kerana kitaran normal hidung. Namun, jika sebelah hidung sentiasa tersumbat, ia mungkin disebabkan oleh tulang hidung bengkok, turbinate bengkak, polip hidung, sinusitis atau masalah lain dalam hidung.

 

Hidung tersumbat tetapi tak selsema, apa puncanya?

Hidung tersumbat tetapi tak selsema boleh berlaku akibat resdung, allergic rhinitis, turbinate bengkak, tulang hidung bengkok, sinusitis kronik atau polip hidung. Ia tidak semestinya disebabkan oleh jangkitan virus.

 

Asyik selsema tak baik-baik, perlu risau?

Jika asyik selsema tak baik-baik, hidung tersumbat berulang, hingus turun ke tekak, deria bau berkurang atau sakit muka, anda disarankan membuat pemeriksaan ENT untuk menilai sama ada terdapat sinusitis kronik, resdung atau polip hidung.

Ada tak petua tradisional untuk hidung tersumbat?

Ada petua tradisional yang boleh membantu sementara, seperti minum air suam, wap air suam, mandi air suam atau tidur dengan kepala sedikit tinggi. Namun, jika punca hidung tersumbat adalah masalah struktur atau sinusitis kronik, petua sahaja biasanya tidak mencukupi.

Urutan hidung membantu?

Urutan hidung membantu sesetengah orang rasa lega sementara, tetapi tidak menyelesaikan punca sebenar jika terdapat turbinate bengkak, tulang hidung bengkok, polip hidung atau sinusitis kronik.

Hidung sumbat bertahun-tahun, adakah boleh sembuh?

Hidung sumbat bertahun-tahun adakah boleh sembuh bergantung kepada punca. Jika punca dikenal pasti dan dirawat dengan betul, ramai pesakit boleh mendapat kelegaan yang baik. Pemeriksaan ENT membantu menentukan rawatan yang paling sesuai.

Alamat 地址 :

KPJ Pasir Gudang Specialist Hospital, Persiaran Dahlia 2, Taman Bukit Dahlia, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.

+607-2573906

©2026 by Dr Cheong Jack Pein Ear Nose and Throat (ENT), Head and Neck Surgery. The Dr. Cheong ENT website does not offer medical advice, diagnosis, or treatment. All content is for informational purposes only. Please consult a qualified healthcare professional for medical concerns.

  • TikTok
  • Youtube
  • facebook
bottom of page